Latest Entries »

ERTI SEBUAH CINTA

ASSALAMUALAIKUM…

Pagi ini sukar di nyatakan, masalah dan dugaan acap kali datang dalam bentuk yang kita sendiri tak bersedia untuk menghadapi. Setiap yang kita jalani dalam kehidupan sama ada yang baik dan yang buruk tentu kita sendiri yang mengetahui dan yang lebih mengetahui (ALLAH S.W.T). Walaupun lahirnya seseorang sebagai teman sehidup semati, masih ada kekosongan yang tidak dapat di isi. Tetapi jangan lah merujuk hnya dengan pasangan, lebih baik jika kita menunding jari kepada diri sendiri. Adakah aku ini tabah menghadapi dugaan hidup? Atau aku hanya mengamati kesedihan hidupku tanpa berbuat apa-apa. Aku rasa aku lebih kepada duduk menatap nasib tanpa berbuat apa-apa, adakalanya juga aku cuba untuk berpaling tapi masih juga menjeling. Mungkin Allah sentiasa memberi peringatan kepada umatNya supaya sentiasa mengingatiNya walau dalam apa jua keadaan. Dalam coretan kal ini aku hanya mampu menghadapi dengan menulis kehendak hati bila berbicara namun tetap menyalahkan diri sendiri, Menghadapi masalah seorang diri dengan harapan dapat di mengerti oleh seseorang yang akan sehidup semati, tapi apakan daya mungkin aku telalu mengharapkan sesuatu yang mungkin si dia tak mampu. Ku menunaikan apa yang di hajati adakalanya aku memberontak. Mengapakah sesuatu yang diberikan sentiasa tidak di fahami. Adakah terlalu melampau kehendak diri ini?…

MUNGKIN AKU TERLALU MEMINTA

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara

Bicara hari ini adalah “APA YANG AKU HADAPI SEMENJAK MEMILIKI DSLR“. Sebelum aku pergi jauh mencorat coret kan keadaan ingin aku nyatakan ini hanya penulisan atas apa yang aku hadapi (tidak semua hadapinya, mungkin sipi-sipi terjatuh di atas muka Direktor Ahmad Nisfu). Okeylah,2008 bermula dengan memiliki NIKON D60 third hand aku mulakan dengan erti kata hobi, tetapi pada masa itu, ia sudah mula hangat ibarat trend memiliki DSLR, tetapi ketika itu aku bukan 100% mengikut trend, cuma memang niat untuk memahami seni fotografi. Keadaan angin fotografi ketika itu walaupun trend masih dalam bertiup sepoi-sepoi bahasa termasuk aku yang tengah belajar angle dan tak tau lagi apa itu apeture,shutter,ISO dan sebagainya, sekarang pun aku bukan la hebat sangat pun. 2009 mula bertapak aku dalam bidang ini dengan banyak jugak la shoot-shoot, outing-outing dengan member-member sehobi serta aku mula berani dan mula menukar D60 aku kepada Sony A230 pun ketika itu masih kosong dalam ilmu fotografi dan mula berjinak-jinak dengan HDR, antara hal terawal aku dengan software Photomatix Pro trial:

Hasil yang biasa sahaja, masih mencari-cari apa yang berdetik dihati tentang fotografi. Kemudian aku menukar DSLR aku kepada NIKON D5000 sebab tak mampu menjaga Sony A230. Itu pun aku beli secara mendadak tanpa minta pandangan dari org lain. sehingga sekarang aku masih dengan D5000 aku yang megah itu (tak la megah sangat cable shutter batery grip pun dah hilang). Ini sedikit paparan hasil D5000 aku dengan gaya HDR biasa sahaja:

2011 sudah mula bertapak, ketika inilah kedengaran pelbagai pendapat dan aku masih juga seorang pemegang saham DSLR aku, di dalam Facebook semuanya bekaitan dengan gambar, mungkin faktor utama fotografi menjadi trend adalah kerana sekarang mudah untuk upload gambar di dalam Facebook tidak terkecuali juga aku, tidak kurang juga isu orang baru dan orang lama, gear ciput dan gear mahal, dan gadis-gadis cantik menjadi modellan. Semuanya adalah tuntutan teknologi jadi kita dan saya sendiri terbawa-bawa dengan arus teknologi. Pandangan photographer pun tidak semuanya sama 100% ada yang lebih suka original gambar tanpa editing dan ada yang suka editing atau manipulasi. Setiap manusia ada agenda tersendiri. Tetapi bila api bertemu air, disitulah berlakunya tindak balas sama ada baik atau buruk. Aku hanya photographer biasa dan apatah lagi dikatakan OTAI masih jauh. Niatku dalam bidang ini adalah untuk memenuhi jiwa seni aku terhadap sesuatu yang boleh dizahirkan atas pengamatan dan pemikiran aku yang kadang-kadang waras dan kadang-kadang berkecamuk. Setiap yang dimulakan pasti ada pro dan kontra. Makin lama kita bertapak makin kita akan rasa kita lama, dan siapa yang baru bermula akan rasa masih baru itu pun ada sebaliknya. Setiap yang betul pasti ada salahnya dan yang salah pasti ada betulnya. Diriku sentiasa ingin jadi org yang baru dalam bidang ini jadi aku nak selalu belajar, pandangan mendengar adalah terbaik tapi berbalik kepada diri sendiri sama ada itu adalah hanya di depan mata atau hati kita ada ketentuannya…. selamat berjuang ciptaanNYA bergitu indah.

Selamat Hari Guru

            

“Selamat Hari Guru”

Kepada warga pendidik yang mengalas tugas sekian lama di bahu, adakalanya bahu terasa tidak bedaya mengalasnya arakian perubahan zaman yang serba moden ini. Kita kembali ke zaman lampau. Jika adanya guru pada zaman dahulu pastinya hidup mereka berbeza, di kampung gurulah yang kaya mampu memiliki basikal dan kereta, padahal orang kampung hanya mampu berjalan kaki. Jika guru menunggu bayaran gaji, ibu dan ayah ternanti-nanti akan rezeki. Tak kurang juga anak-anak mampu ke sekolah sedangkan ibu dan ayah tidak pernah berpeluang ke sekolah. Meskipun begitu, tugas seorang guru tetap tidak berhenti setakat itu. Guru mendidik anak muda menjadi bangsa berguna, mampu hidup berdikari tanpa menyusahkan ibu bapa, mendidik membantu keluarga. Alangkah senangnya hati guru mendengar pelajarnya berjaya dan bangganya ibu dan bapa atas kejayaan anak-anak mereka…

Sekarang zaman sudah berubah, anak-anak yang dahulu sudah dewasa, sudah mempunyai anak. Tak lupa juga yang menjadi Guru. Teknologi semakin canggih dan perubahan anak-anak zaman sekarang tidak lagi bermain di tepian parit-parit kampung. Komputer dan permainan video menjadi santapan. Jika dulu Guru kaya, megah dengan basikalnya dan kereta nya yang sekarang sudah cabuk. Di zaman sekarang yang berkenderaan mewah adalah anak-anak  zaman dahulu kala yang sudah berjaya, sedangkan guru masih memandu kereta cabuknya dengan muka yang sugul dan kepanasan disebabkan sistem penyejukkan kereta yang rosak, tetap bertali leher dan ber Tag Nama megah di dada. Jika dulu Guru berjalan megah dengan rotannya, sekarang guru hidup dengan RPH nya.

Bukan terlalu mengagungkan guru kerana saya seorang guru, cuma jika orang biasa bertanya gaji seorang guru terlalu besar, guru mempunyai banyak cuti, guru kerjanya mengajar, guru kerjanya memberi latihan, guru hanya mengarah pelajar dan kenapa tidak bertanyakan kepada guru seperti, “Guru, adakah guru sehat hari ini?”, “Guru adakah guru gembira hari ini?”, “Guru, adakah guru berjaya mendidik anak guru sendiri?”………

SELAMAT HARI GURU

Saya mula bergiat pada tahun 2009 di bawah Zulkhaphotography dengan mempelajari selok belok bidang fotografi. Mana kala SURI fotografi secara peribadinya bermula pada tahun 2011. Pada 7 hb 5 2011 (Sabtu) bermula titik perjuangan dengan sesi fotografi Pra Pra Perkahwinan antara Pasangan Joe dan Faezah yang kedua-duanya berasal di tanah Semenanjung (tetapi melangsungkan perkahwinan di Kuching Sarawak). Jurufoto yang hadir pastinya saya sendiri, Marizan, Masri serta Aizzul Ahmad yang kesemuanya adalah tenaga kerja Zulkhaphotography. Saya banyak belajar dari sahabat-sahabat yang tidak lokek dengan ilmu serta tidak lokek dengan gelak ketawa riang rianya. Jadi saya mengambil peluang Pra Perkahwinan ini untuk bergerak dengan idealisme saya sendiri tetapi masih bernaung dibawah ZULKHAphotography. Berikut serba sedikit hasil sesi fotografi pasangan Joe dan Faezah.

Keadaan cuaca agak panas ketika sesi fotografi ini berlangsung, tetapi pasangan Joe dan Faezah tetap melemparkan pose yang terbaik.

Lain-lain gambar akan di muat turun pada masa akan datang

ASSALAMUALAIKUM..

jurufoto :  ABDUL HADI BIN ABDUL HAMID

Seni itu sungguh luas, apa yang hendak saya katakan, “saya hidup dalam kancah seni yang tak henti-henti”. Kehidupan penuh seni memberi perspektif berlainan antara makhluk Tuhan di dunia. Adanya saya di sini bukan memenuhi kehendak kewangan manusia yang tidak stabil, tetapi demi memaparkan seni yang sekian lama saya genggam untuk dikongsikan bersama-sama. SURI fotografi sebenarnya adalah titik kesungguhan saya dalam mengejar kepuasan dalam seni lukisan, seni fotografi dan seni kehidupan. Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Teknik Cheras dalam jurusan Diploma Perguruan (Teknologi Binaan Bangunan) sungguhpun begitu tetap jua ia tidak dapat mengekang darah seni yang lama mengalir. SURI fotografi juga adalah tanda kasih sayang dan mengenang jasa baik Ibu (Napsah Bte Sabas) serta Ayah (Abdul Hamid B Buang) serta keluarga. Serta yang dikasihi Nur Hasiah Bte Busman yang sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya perjuangkan. Tidak lupa juga kepada sahabat handai Faizul Khalid(Boss Zulkhaphotography), Marizan, Masri (geng Zulkhaphotography), naziza sebagai teman outing, serta kepada Muhd Muktasim, isteri serta anak (cmratu fotografi negeri Pulau Pinang) yang memberi titik mula saya. Terima kasih atas tunjuk ajar sahabat semua.